Peserta yang berjaya menamatkan kursus ini akan memperolehi Sijil Kursus Induksi Pentauliahan PP-PPT dan boleh memohon perakuan pengiktirafan kelayakan sebagai personel pentauliahan (PPKSPP). PPKSPP merupakan perakuan yang diberi kepada personel Pusat Bertauliah (PB) Jabatan Pembangunan Kemahiran yang bertanggungjawab dalam pengurusan latihan kemahiran, membimbing, menyelia dan menilai pelatih di Pusat Bertauliah
Ingin Menjadi Pegawai Penilai PPT?
PPT adalah Kaedah mengiktiraf kemahiran yang dimiliki oleh seseorang individu dengan menganugerahkan SKM berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki. Ramai yang masih tidak mengetahui tentang ini. Bagaimana dengan anda? Peserta yang telah hadir dalam kursus ini boleh mendaftarkan diri sebagai Pegawai Penilai PPT dalam tempoh 3 tahun daripada tarikh program.
Peserta bagi semua kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia hendaklah :
- Warganegara Malaysia atau
- Pemastautin Tetap (PR) dan
- Berumur 18 tahun ke atas.
Sijil Kursus Induksi adalah sah untuk tempoh 3 tahun selepas kursus untuk tujuan pelantikan pertama jawatan personel Perakuan Pengiktirafan Kelayakan Sebagai Personel Pentauliahan (PPKSPP) dan Personel Penilaian & Verifikasi (PPV). Sekiranya peserta kursus tidak dilantik selepas tempoh 3 tahun, sijil induksi berkenaan tidak sah untuk pelantikan dan peserta perlu mengulang semula kursus induksi berkenaan.
Peserta kursus yang berjaya menamatkan kursus ini akan memperolehi Sijil Kursus Induksi Induksi Pentauliahan PP-PPT dan boleh memohon perakuan pengiktirafan kelayakan sebagai personel pentauliahan (PPKSPP). PPKSPP merupakan perakuan yang diberi kepada personel Pusat Bertauliah (PB) Jabatan Pembangunan Kemahiran yang bertanggungjawab dalam pengurusan latihan kemahiran, membimbing, menyelia dan menilai pelatih di Pusat Bertauliah.
JPK berhak membatalkan penyertaan bagi mana-mana peserta yang tidak memenuhi syarat kelayakan tersebut daripada menghadiri kursus serta tidak akan mengeluarkan Sijil Kursus Induksi kepada peserta yang terlibat.
Jangkamasa Kursus
Sesi pembelajaran kursus ini akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian. Tiada had masa yang ditentukan bagi setiap modul, peserta kursus boleh melaksanakan setiap aktiviti pada bila-bila masa yang sesuai. Kursus ini mengambil masa sekurang-kurangnya 6 jam untuk disiapkan.
Permohonan Kursus
Sekiranya anda ingin mengikuti kursus ini, anda perlu mengemukakan permohonan kursus melalui sistem MySPIKE di https://www.myspike.my sebelum mengikuti kursus ini.