Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) merupakan satu kaedah latihan yang dilaksanakan di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM).
Peserta
kursus yang berjaya menamatkan kursus ini akan memperolehi Sijil Kursus Induksi
SLDN dan boleh memohon perakuan pengiktirafan kelayakan sebagai personel
pentauliahan (PPKSPP). PPKSPP merupakan perakuan yang diberi kepada personel
Pusat Bertauliah (PB) Jabatan Pembangunan Kemahiran yang bertanggungjawab dalam
pengurusan latihan kemahiran, membimbing, menyelia dan menilai pelatih/perantus
di Pusat Bertauliah SLDN.
Ingin Menjadi
Pengajar atau Jurulatih SLDN?
Kursus Induksi SLDN ini merupakan suatu keperluan kepada personel SLDN
yang dilantik samada sebagai pengurus, penyelaras,coach mahupun pengajar pusat
bertauliah SLDN. Kursus ini merupakan kursus asas yang WAJIB dihadiri
oleh semua personel SLDN sebelum menjalankan program latihan SLDN di Pusat
Bertauliah. Peserta kursus akan diberi penerangan secara komprehensif
mengenai konsep dan pelaksanaan SLDN. Kursus-kursus lain yang perlu
dihadiri oleh personel SLDN yang dilantik selepas Kursus Induksi SLDN ini ialah
kursus NDTS Coach Training Programme untuk jurulatih SLDN dan kursus NDT
Trainer Training Programme untuk pengajar pusat latihan SLDN.
Kelebihan Memiliki Sijil Induksi SLDN
- Layak membuka Pusat Bertauliah SLDN
- Layak menempatkan pelatih SLDN di
syarikat anda
- Lantikan sebagai Pengurus Pusat
Bertauliah SLDN
- Lantikan sebagai Pengajar Pusat
Latihan SLDN
- Lantikan sebagai Coach Industri SLDN
- Lantikan sebagai Pegawai Pengesah
Luaran PPL-SLDN
Jangkamasa Kursus
Sesi pembelajaran kursus ini akan
dijalankan sepenuhnya secara dalam talian. Tiada had masa yang ditentukan bagi
setiap modul, peserta kursus boleh melaksanakan setiap aktiviti pada bila-bila
masa yang sesuai. Kursus ini mengambil masa sekurang-kurangnya 6 jam untuk
disiapkan.